Tuesday 17 May 2016

Jenis masalah kulit muka

Kenali jenis, punca dan masalah kulit. Amat penting kenal dan tahu jenis kulit bagi memudahkan usaha untuk menjaga dan merawat masalah kulit yang dihadapi. 

1- KULIT KERING / KUSAM
- Biasanya masalah kulit kering dan kusam disebabkan kurang kolagen pada lapisan elastin bawah kulit. Selain itu juga, terdedah pancaran sinaran UVA dan UVB. Kulit macam ini memag senang luka dan dapat jangkitan kuman.

2 - PIGMENTASI / JERAGAT
- Kira-kira 90 peratus wanita memiliki melasma dan pigmentasi mungkin berwarna sedikit cerah pada awalnya namun ia bertukar menjadi lebih gelap sejajar dengan pertambahan usia. Masalah jeragat biasanya terjadi bila kulit terdedah dengan pancaran sinaran matahari yang mempunyai ultra unggu. 

Masalah jeragat akan mencacatkan penampilan sekali gus akan membuatkan seseorang itu hilang keyakinan diri. Sebab itu ramai wanita sekarang sanggup habiskan wang, buat rawatan laser dan beli macam-mcam produk untuk merawat atau menghilangkan jeragat. 

Walaupun jeragat tergolong sebagai penyakit kulit ia tidak menimbulkan kesan memudaratkan kecuali kaedah rawatan dan bahan yang digunakan tidak bersesuaian atau perlakuan fizikal di sekitar kulit berjeragat seperti mengutil dan mencabut mampu menyebabkan kesan luka berdarah dan bernanah pada kawasan yang bermasalah.

Antara punca-punca jeragat:
- Radang kulit sewaktu mengalami masalah jerawat, apabila jerawat kering, ia akan meninggalkan kesan hitam yang dikenali sebagai "post-inflammatory hyperpigmentation" (PIH).
- Perubahan hormon sewaktu mengandung dan menyusukan anak juga akan menyebabkan tompok-tompok hitam yang dikenali sebagai "melasma".
- Addison's disease yang disebabkan kalenjar adrenal yang tidak berfungsi untuk mengeluarkan hormon steroid dalam badan juga akan mengakibatkan jeragat.
- Penggunaan pil perancang dan tabiat merokok juga boleh menyebabkan jeragat.
- Pendedahan kulit kepada cahaya matahari setelah beberapa tahun akan memberi kesan tompok-tompok hitam yang akan bertambah yang dikenali sebagai "age spots", "freckles" dan"lentigenes". Perbezaan antara age-spots, freckles dan lentigenes ialah saiznya.

3- JERAWAT
- Kebiasaannnya masalah jerawat ini banyak dihadapi oleh golongan remaja. Secara ringkasnya apabila proses radang pada tisu di bahagian dalam kelenjar minyak kulit. Jangkitan berlaku apabila liang tersumbat. Jika liang tersumbat itu tertutup, ia menjadi whiteheads, tetapi jika liang itu masih terbuka, ia menjadi satu blackheads. 

4 - PORI TERBUKA
Jenis kulit yang mempunyai liang pori terbuka, cepat mendapat kotoran, penakungan minyak yang berlebihan di dalam kulit dan ia membuatkan liang-liang roma menjadi berlubang.

No comments:

Post a Comment