Wednesday 7 February 2018

ISLAM SATUKAN MANUSIA

Umat Islam di seluruh dunia bertuhankan Allah Yang Esa. Tidak kisahlah di mana pun tinggal, asal keturunan berbeza mahupun cara hidup bermacam ragam, seluruh umat Islam tetap bersaudara.

Apa lagi jika yang berbeza hanya fahaman politik. Orang Melayu di Malaysia berlainan fahaman politik. Ada beberapa parti politik Melayu utama di Malaysia.

Namun, apa pun parti poltik yang dianuti dan diperjuangkan, Melayu tetap satu Melayu, satu akidah dan percaya kepada yang sama iaitu Allah Maha Pencipta.   

Maknanya, apa pun hukum berkaitan agama adalah sama. Al-Quran dan hadis sebagai panduan hidup.

Firman Allah bermaksud: “Pada hari ini Aku sudah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku sudah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu dan Aku sudah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.” (Surah al-Maidah, ayat 3).

Firman Allah bermaksud: “Hendaklah kamu berpegang teguh kepada tali (agama) Allah, jangan kamu berpecah belah.  Ingatlah akan kurniaan Allah kepadamu ketika kamu sedang bermusuh-musuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu, sehingga kamu menjadi satu saudara dengan kurnia-Nya.” (Surah Ali Imran, ayat 103).

Sesungguhnya sesiapa yang benar-benar menghayati ajaran Islam tidak sekali-kali menyukai kepada perpecahan, keganasan dan kemusnahan.

Islam diturunkan kepada manusia untuk dijadikan panduan hidup yang memenuhi fitrah manusia ingin hidup dalam sejahtera, aman dan selamat. 

Firman Allah bermaksud: “Dan sentiasalah tolong menolong dalam kebaikan dan yang mendorong kepada takwa serta jangan tolong menolong dalam perkara membawa dosa serta permusuhan.” - (Surah al-Maidah, ayat 3).

No comments:

Post a Comment